Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (UniMAP) telah menerima lawatan kerja rasmi dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada 16 Julai 2013. Delegasi ini telah diwakili seramai lima staf Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi dari universiti berkenaan. Delegasi ini adalah diketuai oleh En Mohd Nazri Bin Saad selaku Pengarah, UPSI dan telah pun disambut oleh En Nasrudin Bin Abd Shukor beserta beberapa pegawai dari Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi UniMAP.
Sesi ‘briefing’ telah bermula seawal pada jam 2.00 petang dengan sesi pengenalan dan latar belakang penubuhan Pusat Teknologi Maklumat UniMAP yang disampaikan oleh En. Nasrudin Bin Abd Shukor sendiri sebelum diteruskan dengan sesi perbincangan dan Q&A antara staf dari kedua-dua universiti. Pengisian utama dalam kunjungan dari UNISEL ini adalah untuk membentangkan kaedah pelaksanaan Pengurusan Pusat Data yang diamalkan oleh Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi di universiti teragih UniMAP. Sesi perbincangan turut berkisar tentang pelaksanaan Pusat ICT UniMAP yang kini telahpun mendapatkan pengiktirafan MS ISO/IEC 27001:2007 untuk enam skopnya.
Diharapkan agar kunjungan balas ke UPSI dapat diusul untuk diluluskan oleh YBhg. Pengarah Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi UniMAP.