Sunday, 04 February 2024 23:24

NOTICE TO ALL UNIMAP STAFF AND STUDENTS PROJECT READY FOR UPGRADING AND REPLACING OBSOLETE HARDWARE AT PAUH PUTRA DATA CENTER, UNIVERSITY OF MALAYSIA PERLIS (UniMAP) Featured

Written by
Rate this item
(0 votes)

Bahagian Infrastruktur ICT yang terdiri daripada 3 seksyen utama (Seksyen Pusat Data, Seksyen Rangkaian Kampus dan Seksyen Keselamatan ICT & Telekomunikasi) bersama dengan kontraktor yang dilantik menerusi satu tender terbuka telah  menyempurnakan projek menaiktaraf  serta menggantikan perkakasan usang di Pusat Data utama UniMAP di Kampus Pauh Putra bagi mengekalkan operasi pusat data pada tahap optimum. 

 

Skop projek ini merangkumi penggantian perkakasan dan menaiktaraf perkakasan sedia ada seperti senarai berikut:

 

i. Virtualization Server (Penggantian)

ii. Switch for data center server connection (Penggantian)

iii. Storan rangkaian (Penggantian)

iv. Infrastruktur pendua / Backup (Penggantian)

v. Web Application Firewall (WAF) and API Protection (Penggantian)

vi. Load Balancer Appliance (Penggantian)

vii. Database server (Naik Taraf)

 

Perlaksanaan projek ini bermula 25 September 2023 dan telah berjaya disiapkan mengikut jadual pada 31 Januari 2024.

 

Proses untuk menggantikan perkakasan-perkakasan ICT ini telah diberi perhatian sewajarnya bagi membolehkan Pusat Pengurusan dan Pembangunan Digital (DMDC) terus memberikan perkhidmatan ICT yang terbaik sepanjang masa kepada seluruh warga UniMAP.

 

Aktiviti migrasi perkakasan daripada perkakasan usang kepada baharu telah dirancang secara terperinci sepanjang tempoh projek bagi mengelakkan gangguan perkhidmatan yang panjang kepada seluruh warga UniMAP

 

Antara faedah yang akan dinikmati oleh seluruh Warga UnimAP hasil daripada perlaksanaan projek ini :

 

- Perkhidmatan ICT di UniMAP tidak akan terganggu dalam jangka masa yang lama sekiranya perkakasan yang telah usang dan berusia digantikan dan dinaiktaraf.

 

- Staf dan pelajar di UniMAP akan menikmati kemudahan perkhidmatan ICT dengan lancar dan bakal membantu pelajar, pensyarah, penyelidik, dan pentadbir yang memerlukan kemudahan capaian internet dan sistem aplikasi bagi melaksanakan aktiviti dan tugas harian masing-masing.

 

Pihak DMDC mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam perlaksanaan projek ini termasuklah staf Bahagian Infrastruktur ICT yang terlibat serta pihak syarikat kontraktor yang telah dilantik. Tahniah juga kepada semua staf DMDC yang menjayakan projek ini.

 

Semoga usaha ini dapat menjamin perkhidmatan ICT yang terbaik dan optimum kepada seluruh Warga UniMAP.

 

Bahagian Infrastruktur ICT

Pusat Pengurusan & Pembangunan Digital (DMDC)

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

 

#UniMAPGoDigital

#UniMAPMantap

#DMDCMantap

Read 395 times Last modified on Sunday, 04 February 2024 23:28